PERMINTAAN SEORANG IBU

0

Ibu kepada seorang anak murid saya mengirim whatsapp kepada saya dengan mesej di bawah. Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar pernah memberi pinjam katil hospital wakaf untuk kegunaan ayah kepada murid saya ini selain daripada pek makanan dan juga kelengkapan kesihatan. Sebelum ini kedua ibu bapa murid saya ini membuat tapai di rumah. 
 
Namun selepas ayahnya mengalami kompilasi akibat penyakit kencing manis kronik termasuk hilang penglihatan sebelah matanya , mereka hilang sumber pendapatan. Anak murid saya ini akan menjejakkan kaki ke tingkatan 1 apabila buka sekolah nanti. Harapnya ada yang sudi memberikan kelapangan dari segi kewangan kepada mereka ini. Insyaallah sumbangan ini akan disampaikan terus kepada mereka untuk pembelian peralatan sekolah dan pembayaran yuran yang ada di sekolah menengah .
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun ini.
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357.

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)