Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Kelab Kami Kasih Darul Ehsan menziarahi seorang warga emas yang terlantar dan juga menghantar katil hospital wakaf kepadanya di Pasir Panjang. Pesakit ini telah beberapa minggu terlantar akibat penyakit tua. Semasa kami hadir ke rumahnya untuk menghantar katil pun, dia kelihatan tidur dan tidak menyedari kehadiran kami.
Pesakit ini dijaga oleh anak dan cucunya yang tinggal sekali bersama-samanya di situ . Melihat kepada pesakit ini, ia mengingatkan saya kepada kedua orang nenek saya . Seorang sudah meninggal dunia dan seorang lagi masih hidup di Kulim. Mungkin usia pesakit ini sebaya dengan usia kedua orang nenek saya.