SUMBANGAN UNTUK PEKERJA PEMBERSIHAN YANG TIDAK DIBERI GAJI SEJAK 4 BULAN LALU

0


 

Status saya berkenaan dengan pekerja pembersihan sekolah saya yang gajinya tertunggak selama 4 bulan telah mendapat simpati daripada seorang dermawan. Status yang saya maksudkan ialah status ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4793861777317985&id=100000826296462&sfnsn=mo .

Beliau bermurah hati untuk membayar bil-bil utiliti 3 orang pekerja pembersihan sekolah saya. Memandangkan hari yang saya menerima whatsapp tersebut ialah pada hari Jumaat, saya memohon pekerja pembersihan memberikan bil-bil utiliti mereka kepada saya pada Isnin minggu depan iaitu pada hari ini. 
 
Hendak dipendekkan cerita ,pagi tadi, awal-awal pekerja pembersihan bertemu dengan saya dan menyerahkan segala bil utiliti selama 4 bulan ini kepada . Saya kemudiannya membuat salinan bil-bil utiliti tersebut sebagai bukti untuk diserahkan kepada penderma. Jumlah bil-bil bagi ketiga-tiga pekerja tersebut selama 4 bulan ialah RM 1363. 
 
Selepas itu ,saya terus menghantar whatsapp kepada penderma itu untuk memaklumkan jumlah tersebut. Alhamdulillah, petang tadi sebanyak RM 1363 telah dipindahkan ke akaun Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar . Insyaallah jika tiada aral melintang, pada esok hari , wang tunai ini akan diserahkan kepada pekerja pembersihan.
 
Semoga Allah merahmati penderma ini dengan kebahagiaan di dunia dan sebaik-baik ganjaran untuk bekalan akhirat . Amin. Ya Rabbal Alamin.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)