Saya telah menyampaikan amanah daripada penyumbang yang telah menyumbang wang ringgit kepada pekerja pembersihan di sekolah saya yang tidak dibayar gaji semenjak 4 bulan lalu. Sebanyak RM 1363 diserahkan kepada mereka ini. Khabarnya terdapat 20 buah sekolah daripada Tanjong Karang hingga ke Sabak Bernam yang para pekerjanya menerima nasib yang sama dengan pekerja pembersihan sekolah saya.
Bayangkan jika sekolah kecil yang muridnya seratus lebih pun ada 3 orang pekerja pembersihan, bagaimana pula dengan sekolah-sekolah besar yang tentunya mempunyai lebih ramai pekerja pembersihan . Kemudian dijumlahkan para pekerja ini dengan sekolah-sekolah lain. Berapa ramai pekerja yang terjejas ? Saya tidak mempunyai data bilangan pekerja yang bekerja dengan syarikat ini . Tetapi pada anggaran mungkin lebih daripada 50 orang pekerja.
Sayu hati mendengar kisah-kisah saudara kita yang tertindas ini tanpa sebarang pembelaan yang berkesan daripada mana-mana pihak. Mereka ditolak ke sana ke sini tanpa ada yang mahu serious mengambil tahu. Luahan mereka tidak didengar dan dipedulikan hanya kerana pemilik syarikat merupakan orang yang kuat kabel politiknya .
Semua orang kenal siapakah orang yang memilik syarikat ini. Seorang datuk. Kabel politik kemas. Segala jenis aduan yang dibuat terhadapnya seolah-olah dilindungi dan tidak diambil perhatian. Sampai orang naik hairan macam mana datuk ini boleh dapat tender walaupun sejarahnya agak buruk.
Kita gaji "lewat sikit" masuk pun agak gelisah. Kalau kerja kerajaan , ada sesetengah bulan, terutama bulan yang ada perayaan, gaji akan masuk awal .Bulan depan gaji masuk pada tarikh biasa pun kita rasa tertekan , apatah mereka ini sudah 4 bulan gajinya tidak masuk-masuk. Gaji mereka pun bukanlah besar mana. Dengan gaji itulah mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup ini.
Setiap orang ada kisah sendiri. Ada kalangan pekerja ini anaknya bulan ini ada orang nak datang merisik. Duit pun tak ada. Ada yang adik beradiknya ramai di mana keluarganya bergantung harap dengan gaji yang diperoleh mereka. Semoga Allah mengeluarkan mereka ini daripada kesulitan ini. Hanya Allah yang mampu membantu kita.
Jika ada yang nak menyumbang kepada mereka , aku amat mengalu-alukan. Boleh whatsapp di talian 013-3059357. Kita bukannya lembu yang hanya dicucuk hidung dan hanya makan dengan rumput yang disediakan. Yang lembu ialah mereka yang masih tiada hati Nurani dan menganiaya pekerja mereka.