Pada hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Kelab Kami Kasih Darul Ehsan bersama-sama menyantuni seorang warga emas yang terlantar di Parit 16 Sungai Panjang. Pesakit ini baru pulang daripada hospital setelah 6 hari ditahan di wad akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dideritainya sekian lama.
Encik Nordin bin Abd Rahman , 76 tahun sangat memerlukan katil hospital kerana ia dapat memudahkan keluarganya untuk menguruskannya. Urusan makan minum , mandi, pakaikan pakaian dan penghantaran ke hospital semuanya dilakukan oleh isterinya dan dibantu oleh anak-anaknya terutama yang perempuan .
Kami mendoakan semoga Allah s.wt.t menyembuhkan penyakit yang dideritai oleh Encik Nordin dan mempermudahkan segala urusan keluarga dalam menguruskannya. Besar ganjaran pahalanya bagi mereka yang menjaga orang sakit dan bersabar atas karenahnya.
Insyaallah NGO KASIH dan NGO PEDULI akan terus berusaha untuk menyantuni masyarakat dengan gerak kerja kami secara berterusan dan dinamik. Sesiapa yang ingin menyumbang kepada gerak kerja kebajikan kami, boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui mesej halaman kami.
Sebagai sebuah NGO yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik , agensi kerajaan dan swasta, kami memang memerlukan sokongan dan dokongan daripada anda semua sama ada dalam bentuk material dan doa. Hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati. Doakan semoga kami terus berjuang dalam medan amal ini secara berterusan. Insyallah .