SUMBANGAN PEK MAKANAN KEPADA KELUARGA KUARANTIN DI TAMAN MAKMUR

0

 

Petang ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menghantar pek makanan kepada dua buah keluarga yang diuji dengan COVID 19 di Taman Makmur Sungai Besar. Sedikit sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka yang terjejas dengan COVID 19 . Semoga Allah menyembuhkan mereka ini dan diberikan kemudahan dalam menguruskan kehidupan berkuarantin di rumah.


Sebagai sebuah NGO yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, kami sangat memerlukan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan dalam menggerakkan aktiviti dan program kami. Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk barangan baru mahupun terpakai dan juga wang ringgit
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

 


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)