KOTAK CONTAINER PLASTIK SEBAGAI PENYELESAIAN BUKU BERAT MURID

0

Pada pendapat aku , selain loker peribadi, kotak seperti ini juga dapat membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah murid-murid membawa beg berat ke sekolah. Ya benar. Ia bukannya menyelesaikan sepenuhnya. Tapi paling tidak ia dapat meringankan beg sekolah murid-murid semasa ke sekolah.

Amat jaranglah jika hari ini ada 8 subjek, semua guru memberikan kerja rumah setiap hari kepada murid-murid. Paling tidak pun, ada dua tiga buah buku tak perlu dibawa balik kerana tiada kerja rumah. Yang tak perlu dibawa balik , contohnya buku teks bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi sekolah rendah yang boleh dikatakan setiap hari ada sahaja subjek tersebut, diletakkan dalam kotak itu pada akhir kelas.
 
Jangan cerita pasal buku teks hilanglah kerana buku teks bukan emas permata, bukan juga motosikal RXZ harga kayangan. Hilang tak hilang buku teks bergantung kepada disiplin murid dalam penyimpanan dan penggunaan buku teks. Ajari anak-anak selepas guna buku teks, terus simpan dalam beg (jika ada kerja rumah) atau terus simpan dalam kotak (jika tiada kerja rumah).
 
Lagipun setiap buku teks ada no. sijil kelahirannya. Kalau ada murid lain yang mengambil atau terambil buku teks itu, guru SPBT dapat mengesannya. Sebenarnya isu hilang dan buku teks diambil kawan ni tak sepatutnya timbul jika kita berjaya menanamkan budaya menyimpan buku dengan baik . Semua orang bertanggungjawab terhadap bukunya, tiadalah kes hilang dan dihilangkan (baca dicuri) buku teksnya.
 
Kotak ini jika dilihat dari saiznya harganya lebih kurang RM 20 hingga RM 40. Aku pernah beli kotak ini semasa aku memindahkan ratusan buku-buku aku daripada Bintulu ke semenanjung Malaysia. Tahan lama. Dan lasak. Sesetengahnya ada roda di bawah.
 
Cara nak dapat dana pun sekarang ini tak perlu susah-susah harapkan bantuan atau tender kerajaan. Nanti depa mark up harga Bani Israel. Minta sahaja dengan syarikat-syarikat yang ambik CSR. Cuma kena buat kertas kerja sikitlah . Hantar kertas kerja , surat rasmi dan sebagainya. Itu cikgu-cikgu pun biasa buat.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)