Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Kelab Kami Kasih Darul Ehsan mengadakan program ziarah dan sumbangan katil hospital kepada Puan Roslina yang menghidap penyakit kanser limfoma Tahap 3. Kisah Puan Roslina ada dipaparkan dalam pautan berikut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4795627083808121&id=100000826296462&sfnsn=mo
Puan Roslina tidak mampu menguruskan diri sendiri. Dia terpaksa diuruskan oleh anaknya dan ibunya yang sudah tua termasuklah untuk mandi, buang air, makan minum dan sebagainya. Sumbangan katil wakaf ini sangat membantu keluarga Puan Roslina dalam menguruskannya sehari-hari . Selain itu, katil hospital ini juga memberikan keselesaan kepada pesakit terlantar kerana ia dapat mengelakkan pesakit menghidap kudis tekanan akibat lama terlantar melalui penggunaan tilam angin.