Pada hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar mengadakan ziarah dan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas yang tidak mampu berjalan . Encik Hanbali hanya sekadar mampu bergerak menggunakan tongkat tangan setelah mengalami dua kali peristiwa kemalangan.
Sumbangan kerusi roda ini sekurang-kurangnya mampu memberikan kemudahan kepada Encik Hanbali untuk bergerak ke mana-mana. Ia juga memudahkan urusan isteri Encik Hanbali untuk menguruskan Encik Hanbali memandangkan mereka hanya tinggal berdua di rumah. Kerusi roda ini merupakan sebahagian daripada projek wakaf kami untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan .
Gerila Kebajikan amat memerlukan sumbangan kelengkapan pesakit samada baru mahupun terpakai untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
Antara kelengkapan yang kami perlukan ialah :
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tongkat
4) lampin dewasa
5) tilam angin
6) ubatan
7) susu pesakit yang tak dibuka lagi.
8) Pek Makanan
Selain itu, kami juga menerima sumbangan wang ringgit yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank kami.
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357.