Katil hospital ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dapat wakaf daripada seorang penderma daripada Nilai, Negeri Sembilan. Katil ini sangat berat kerana ia dibuat daripada logam padu. Selain itu , katil ini boleh naik dan turun ketinggiannya. Inilah katil wakaf yang paling berat kami uruskan sejak projek Katil Hospital dilancarkan pada tahun 2020.
Prosedur kami ialah setelah sesebuah katil tidak lagi digunakan oleh pengguna sebelumnya, gerila kebajikan akan ke rumah pengguna tersebut dan mengambil katil tersebut. Setelah kami mengambil katil tersebut , kami akan basuh katil tersebut dan sanitasi segala peralatan yang telah digunakan oleh pengguna sebelum ini. Saya terpaksa membasuh katil ini di atas kenderaan pacuan 4 roda untuk memudahkan urusan penghantaran ke destinasi sepenuhnya nanti. Tak perlulah kami menurunkan dan menaikkan kembali katil tersebut selepas dibasuh.
Disebabkan katil ini sangat berat, seramai 4 orang tenaga kerja diperlukan untuk menaikkan dan menurunkan katil ini daripada kereta pacuan 4 roda saya. Kebiasaannya, kami hanya memerlukan 2 orang sahaja untuk mengangkat katil . Kalau guna 2 orang saja untuk angkat katil ni, memang tak larat sangat.
Projek katil hospital ini merupakan projek kami yang paling mencabar berbanding projek bantuan yang lain. Jika projek lain, sebagai contoh Projek Pek Makanan PKP atau Projek Tablet , sumbangan yang kami berikan kepada golongan sasaran kami adalah melalui kaedah One off dan serah terus kepada penerima.
Tetapi untuk projek katil hospital ini, kami bukan sahaja perlu menghantar katil hospital kepada penerima , kami juga akan follow up pesakit itu dan kami juga perlu mengambilnya semula sekiranya ia tidak lagi digunakan . Kemudian kami akan sanitasi atau basuh katil ini sebelum diserahkan kepada penerima yang seterusnya.
Segalanya ini dilakukan secara percuma oleh pihak kami kerana inilah amanah yang kami terima daripada pewakaf-pewakaf ini. Semoga titisan pahala daripada pewakaf ini turut mengena kepada kami yang menguruskan harta ini. Mohon doakan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan menyantuni rakyat yang memerlukan ini. Terima kasih.
Gerila
Kebajikan amat memerlukan sumbangan kelengkapan pesakit samada baru
mahupun terpakai untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
Antara kelengkapan yang kami perlukan ialah :
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tongkat
4) lampin dewasa
5) tilam angin
6) ubatan
7) susu pesakit yang tak dibuka lagi.
8) Pek Makanan
Selain itu, kami juga menerima sumbangan wang ringgit yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank kami.
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357.