MASJID AR-RAHMANIAH KG. PASIR SALAK- SIMBOL KEBANGKITAN SYUHADA MENENTANG PENINDASAN PENJAJAH DAN TALI BARUT BRITISH

0

 
Pada hari ini, saya dan keluarga berkesempatan untuk singgah dan solat dhuha di Masjid Ar-Rahmaniah , Kampung Pasir Salak. Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Pasir Salak kerana dibina pada tahun 1920. Masjid ini menjadi simbol kemenangan orang Melayu di atas peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch pada tahun 1875.
 
Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Al Mutawakkil Alaihi Shah pada 25 September 1964. Kariah Masjid ini terdiri daripada 3 buah kampung iaitu Kampung Pasir Salak, Kampung Bawah Bungor dan Kampung Biak.
Bangunan asal masjid telah dimusnahkan oleh penjajah British semasa Perang Perak pada tahun 1875 hingga 1876. Masjid ini telah berpindah lokasi sebanyak beberapa kali sebelum dibina tetap di tempat yang ada sekarang ini pada tahun 1920.
 
Kedudukan masjid ini sangat strategik iaitu berada di tepi Tugu Peringatan J.W.W Birch di tepi Sungai Perak. Ukiran binaan berunsur kosmos dengan lambang bulan dan bintang pada puncak masjid. Ianya dikategorikan sebagai simbol sebuah bentuk binaan yang berfungsi sama seperti fungsi batu nesan di perkuburan. Secara mudah, dapatlah dinyatakan binaan tersebut sebagai tanda terhadap apa yang ada di dalamnya. Pada pinggir cucuran atap pula dihiasi seni ukiran papan layang dan papan kepala cicak. Unsur tradisional senibina Melayu ini masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
 































 

 


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)