KESENGSARAAN YANG TIDAK BERPENGHUJUNG.

0
 

Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menziarahi dan menghantar katil hospital untuk kegunaan seorang pesakit yang sangat memerlukan katil yang boleh laras kepalanya. Abang Azmi ini menghadapi pelbagai komplikasi penyakit walaupun usianya awal 40 an. Antara penyakit yang dideritainya ialah kencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang tahap 3. Dia masih belum di peringkat perlu haemodialisis, tetapi air dalam badannya menyebabkan badannya sembap .
 
Dia tidak mampu tidur dalam keadaan berbaring kerana lebihan air dalam badannya akan menekan saluran pernafasannya dan peparu hingga menyebabkan dia tidak mampu bernafas. Katil hospital wakaf yang dipinjamkan ini diharapkan mampu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh abang Azmi dan memudahkan urusan keluarganya. 
 
Abang Azmi mempunyai isteri dan seorang anak yang masih kecil. Abang Azmi dulu kerja kampung sahaja manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kami sudah mengesyorkan kepada abang Azmi untuk mohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Urus Zakat Selangor untuk perbelanjaan bulanan keluarga ini. Insyaallah saya percaya mereka ini berkepakaran dalam menguruskan hal ini. 
 
Kami juga akan memberikan sumbangan tongkat 4 kaki yang memudahkan urusan abang Azmi untuk bergerak ke sana dan ke sini atau mendapatkan rawatan bulanan. Alhamdulillah. Mana yang ada kita teruskan. Walaupun tak banyak, tetapi kami ada.
 
Kami tidak mempunyai sumbangan tetap daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan ,swasta mahupun syarikat-syarikat serta individu. Sumbangan untuk pergerakan kami banyak diperoleh melalui sumbangan one-off daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyumbang kepada kami.
 
Sebagai sebuah NGO yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, kami sangat memerlukan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan dalam menggerakkan aktiviti dan program kami. Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk barangan baru mahupun terpakai dan juga wang ringgit . 
 
Sumbangan wang boleh disalurkan melalui akaun berikut :
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)