MENGHAYATI PERJUANGAN PARA PEJUANG TERDAHULU DALAM MENEGAKKAN KETUANAN BANGSA

0


Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak sekiranya tidak menyusuri tebing Sungai Perak dan menyaksikan beberapa tanda peringatan kepada peristiwa pembunuhan Residen British di Perak yang pertama iaitu J.W.W. Birch. Antaranya ialah Tapak J.W.W Birch Di Bunuh, Tugu Pahlawan Perak Darul Ridzwan dan Tugu Peringatan J.W.W Birch. 
 
Tapak J.W.W Birch dibunuh berada di tebing Sungai Besar, manakala Tugu Pahlawan dan Tugu Peringatan J.W.W Birch dibina bersebelahan antara satu sama lain. Ketiga-tiga tanda peringatan itu berada di lokasi yang berdekatan.
J.W.W Birch merupakan watak seorang penjajah yang tidak menghormati sensitiviti orang Melayu . Orang Melayu taat kepada pemerintah terutama Sultan dan para pembesar. Mereka tidak sanggup melihat atau mendengar para pemimpin mereka dihina atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja terutama oleh bangsa penjajah yang tidak langsung menghormati kedudukan pemimpin orang Melayu.
 
Kebiadapan J.W.W Birch dalam mencampuri urusan orang melayu telah membawa kepada pembunuhannya di dalam Sungai Perak pada tanggal 2 November 1875. Ketika itu , Birch dan pengikutnya melabuhkan kapalnya yang bernama Naga di tebing Sungai Perak. Pandak Endut, telah membunuh pengikut Birch , Mohd Arshad yang ketika itu sedang menampal proklamasi yang dianggap mencabar kedaulatan kesultanan dan pemerintah Melayu Perak.
 
Apabila berlakunya pembunuhan Mohd Arshad, Dato' Sagor dan para pengikutnya terus menyerbu Kapal Naga dan rumah rakit untuk membunuh J.W.W Birch dan para pengikutnya. Mereka merejam lembing ke dalam rumah rakit. Birch pada ketika itu dikatakan sedang mandi telah terkena salah satu rejaman lembing . Hulubalang-hulubalang Melayu segera menggeledah kapal dan rumah rakit lalu menemui Birch dalam keadaan yang masih hidup. 
 
Sipuntum segera menetak kepala Birch sehingga Birch tenggelam dan tidak dapat dilihaat sehinggalah mayatnya hanyut hingga ke Bandar Baru pada 6 November 1875. Beberapa orang sipahi Benggali turut terkorban dalam peristiwa ini.
 
SEJARAH PERINGATAN 
 
A) TUGU PERINGATAN J.W.W. BIRCH
- telah dibina oleh kerajaan British pada tahun 1900.
- Birch dilahrikan pada tahun 1826 di Selatan England.
-anak kepada paderi Kristian dan pernah berkhidmat dalam tentera laut Ceylon.
-salah seorang anaknya, PCJW Birch telah menjadi Residen British ke 4 Perak (1904 hingga 1911)
 
B) TUGU PERINGATAN PAHLAWAN PERAK
- dibina pada tahun 1990
-dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 26 Mei 1990.
-sebilah replika sundang berlatar belakangkan bunga kelompang melambangkan kepimpinan dan keperwiraan dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman tersebut
 







 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)