MASJID UBUDIAH , SIMPANG 4 BAGAN NAHKODA OMAR

0

Pada 24 Januari 2022 yang lepas, saya sempat singgah solat di sebuah masjid di Simpang 4 , Bagan Nahkoda Omar (BNO) Sabak Bernam. Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Ubudiah ini terletak lebih kurang 10 km daripada Pekan Sabak Bernam . Inilah pertama kali saya singgah ke masjid ini setelah berkali-kali melalui masjid ini dalam perjalanan ke Sungai Air Tawar. 
 
Masjid Ubudiah telah dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , pemangku Raja Selangor (ketika itu) pada 23 Jun 1972 bersamaan 12 Jamadil Awal 1392 Hijrah . Begitulah antara catatan yang terpampang di plat perasmian di bahagian dinding masjid.
 
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai 3 kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. 
 
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,pejabat,bilik imam,ketong, bilik mandi jenazah.
 
Sekilas fakta berkenaan Sultan Selangor ini.
 
1) Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah.
 
2) Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001.
 
3) Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.
 
4) Baginda adalah putera sulung D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.
 
5) Nama kelahiran Sultan Sharafuddin ialah Tengku Idris Shah. Setelah menggantikan ayahandanya, baginda kemudian menggunakan nama asal, Sharafuddin yang bermaksud ‘pencerahan agama’ dalam bahasa Arab. Nama penuh Baginda adalah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.
 
 















 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)