KISAH DUA KAMPUNG.DITINDAS KERANA LEMAHNYA GERAK KERJA BERSAMA

0
 

 
Sesuatu isu itu akan berlanjutan sekiranya kelompok tertindas tidak bangkit melawan kezaliman puak yang menzalimi mereka. Saya ambil contoh isu lalat di dua buah tempat. Ini kisah yang benar-benar berlaku.
 
Kampung A. 
 
Di dalam kampung ini baru dibina reban ayam yang maju dan berteknologi tinggi (dakwaan pemilik) . Konon-kononnya teknologi ini menyebabkan tiada bau yang terbebas ke luar ladang . Namun isu lalat juga muncul terutama apabila ayam-ayam itu dikeluarkan dari ladang untuk dipasarkan. Wakil penduduk membuat piket aman, menyerahkan memorandum ,membuat laporan polis, dan pernah masuk akhbar dan televisyen supaya ladang ini dipindahkan/ perbaiki SOP. Khabarnya pemilik ladang ini terpaksa akur dan mengikuti garis panduan bagi membolehkan ia terus beroperasi.
 
Kampung B.
 
Di kampung B, reban ayam telah dibina sejak belasan tahun yang lepas. Reban ini mengganggu penduduk kampung dengan bau dan lalat-lalat yang ada kerana teknologi yang digunakan tak secanggih kandang penternakan ayam di kampung B. Hanya sebilangan penduduk sahaja yang berani bersuara . Itupun dalam whatsapp dan Facebook. Suruh buat report polis pun tak berani. Ketua kampung pun kelihatan "letih" memperjuangkan isu lalat ini secara sendirian di hadapan , dan tidak diketahui berapa penyokongnya. Pemilik reban bergelar haji dikenali sebagai seorang yang pemurah. Setiap tahun dia dikatakan menderma ayam-ayam yang ada di rebannya untuk penduduk kampung. Disebabkan kemurahan hatinya, orang kampung pun tak berani bersuara . Tak pasti sebab takut dengan pengaruh pak haji, atau takut tak dapat ayam percuma.
 
Kampung A masyarakatnya bersatu padu dalam isu lalat. Apabila ketua masyarakat menyuruh orang kampung berkumpul , ramai orang kampung berkumpul untuk menyatakan bantahan. Isu ayam di Kampung B jarang jarang bangkit kerana pemilik reban pun "terpaksa" bekerja keras untuk pastikan rebannya terus mematuhi peraturan yang di tetapkan.
 
Kampung B pula lain keadaannya. Keadaannya tak berubah bertahun-tahun walaupun segelintir kecil yang membawa isu ini kepada pihak berwajib. Setahu saya tiada laporan polis dibuat. Hanya sekadar laporan yang dibuat kepada jabatan alam sekitar, jabatan veterinar dan beberapa agensi lagi. Lawatan tapak juga dibuat ke ladang terbabit bersama sama pemilik reban. Malangnya , pemilik reban berlepas diri dan menyalahkan ladang sawit dan lalat
pertanian milik penduduk sebagai punca lalat banyak.

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)