Tahun lepas kami Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar pernah membantu sepasang warga emas yang terpaksa menjaga 9 orang cucunya setelah kematian ibu mereka dan ayahnya berkahwin lain. Antara bantuan yang pernah kami salurkan ialah pek makanan , komputer riba baru dan sedikit wang untuk keperluan mereka sekeluarga.
Cucu-cucu yang tinggal bersama datuk dan nenek ini berumur dalam lingkungan 5 hingga 24 tahun. Datuknya merupakan seorang yang sudah kurang ingatan manakala nenek mereka kehilangan penglihatan berpuluh tahun yang lalu. Apa yang mengkagumkan kami ialah 3 orang cucunya yang besar sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan. Adik beradik yang lain masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kalau ada abang dan kakaknya yang besar, merekalah yang akan menguruskan makan minum, mandi datuk dan nenek mereka. Tapi jika abang dan kakak-kakak mereka ke universiti, tinggallah 6 beradik yang masih bersekolah itu menguruskan hidup mereka sendiri termasuklah memberi kasih sayang kepada adik bongsu mereka yang hilang kasih sayang seorang ibu pada usia 2 tahun.
Kisah mereka ini pernah saya paparkan suatu ketika dahulu dan pernah menjadi liputan beberapa buah akhbar.
MEREKA PERLUKAN BASIKAL
Anak-anak ini perlukan sekurang-kurangnya TIGA BUAH BASIKAL untuk kegunaan untuk pergi ke sekolah kerana basikal yang ada telahpun uzur. Lagipun mereka ini terpaksa survive sendiri kerana tidak ada sesiapa yang akan menghantar mereka ke sekolah. Saya membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan -puan untuk menderma bagi tujuan pembelian basikal untuk adik-adik ini.
Saya sendiri belum survey berapa harga basikal standard untuk remaja dan kanak-kanak sekolah rendah di pasaran Sungai Besar. Tapi jika derma yang diterima cukup untuk pembelian yang elok, kita beli yang elok, insyaallah. Kami akan memaklumkan jumlah kutipan yang kami dapat.
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Catatan : Basikal Anak
Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357.