Isu lalat yang menimpa penduduk sekitar Parit 8 hingga Parit 11 Sungai Panjang inipun tak pernah selesai-selesai dan berlanjutan selama belasan tahun lalu. Lalat begitu banyak berkeliaran terutama ketika musim mengeluarkan hasil penternakan ayam di reban berdekatan. Lalat itu begitu banyak sehinggakan penduduk terpaksa menggunakan perangkap lalat yang berharga lingkungan RM 4 hingga RM 6 sehelai untuk memerangkap nyamuk yang masuk ke rumah . Dengan jumlah lalat yang banyak, amat mustahil untuk menggunakan hanya sehelai perangkap lalat dalam sehari. Jadi mereka terpaksa menggunakan beberapa perangkap nyamuk dalam sehari .
Ada penduduk yang hanya meletakkan gam tikus di atas kertas bagi memerangkap lalat. Cara ini agak ekonomik dan menjimatkan. Bayangkan jumlah lalat yang terlalu banyak sehingga ada penduduk kampung terpaksa makan nasi dalam kelambu bagi mengelakkan lalat "menyerang" makanannya.
Isu ini bertahun-tahun di perjuangkan oleh Pengerusi MPKK Parit 10/11 , Tok Sidang Zamri Jamil . Namun cahaya di hujung terowong tidak kunjung tiba. Puas sudah mengadu dengan ahli politik ,lantikan politik, jabatan kerajaan dan swasta, namun keadaan masih tetap tidak berubah. Ini tidak termasuk isu ini menjadi viral dalam media sosial dan juga media massa. Apabila tiba musim "tuaian ayam" , puluhan ribu lalat akan "menyerang" kampung sekitar.
Aku sendiri pun turut bersimpati dengan penduduk kampung ini termasuklah ibu mertuaku. Tapi nak buat macam mana. Kabelnya cekang dan kebal. Cakap apapun dan buatlah tindakan apapun, isu ini akan berlanjutan kerana kabelnya kemas . Pemiliknya berada di kayangan dan tak mampu disentuh sesiapapun . Namun disudut hatiku berharap supaya dapat dicari penyelesaian bagi permasalahan penduduk kampung ini. Kesian mereka hidup dalam keadaan tidak selesa sedangkan tauke reban kaya raya .