CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM

0
Menurut  Abd Rahman  Abd Rasyid dan Yap Kim Fatt dalam Buku Bahasa Kebangsaan, kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 pula, kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

Kertas kerja juga merujuk kepada cadangan perancangan dan anggaran belanjaan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.  Sebarang kebenaran atau kelulusan aktiviti sekolah oleh pihak atasan banyak bergantung kepada perincian dan penerangan dalam kertas kerja. Jawatankuasa kerja yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja ini dengan lengkap dan jelas khususnya dalam aspek sewaan atau belian. (Dr. Tam Yeow Kwai , 2010 ; Pengurusan Kokurikulum , m.s. 69).

          Kesimpulannya, kertas kerja merupakan satu hasil penulisan yang merangkumi cadangan perancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti seperti lawatan sambil belajar atau sesuatu projek yang melibatkan perbelanjaan dan memerlukan kelulusan pihak atasan. Kebiasaannya , kertas kerja akan dibuat oleh setiausaha sesebuah organisasi, dibentangkan dan diluluskan di peringkat organisasi dalaman sebelum dihantar kepada sasaran seperti agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan agensi swasta. 
 
Berikut merupakan contoh kertas kerja yang saya lakukan sendiri atau dapatkan di dalam internet. Semoga bahan perkongsian kali ini berguna sebagai rujukan tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Terima kasih.
 
Sila klik pautan ini : KERTAS KERJA
 
 
 




 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)