TEKS PENGACARAAN MAJLIS

0

 


Memiliki persediaan yang rapi sebelum majlis merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang akan mempengerusikan sesuatu majlis. Tanpa persediaan yang rapi dan baik, seseorang pengerusi majlis tidak akan mampu melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik. Teks pengacaraan majlis, walaupun tidak wajib untuk dipegang atau dibaca semasa mempengerusikan majlis, sekurang-kurangnya seseorang pengerusi majlis lebih bersedia dengan susunan bahasanya, nama dan jawatan dif-dif kehormat , dan tujuan  utama majlis itu diadakan sekiranya seseorang pengerusi majlis itu mengendalikan majlis.  

Teks-teks pengacaraan yang saya kongsikan melalui pautan  di bawah merupakan sebahagian daripada usaha saya selama ini setelah diberikan amanah untuk mengendalikan majlis. Sebahagian daripada teks ucapan ini dirangka sendiri oleh saya, manakala sebahagian daripada teks ucapan ini saya peroleh melalui capaian dalam talian (online). Diharap contoh teks-teks pengacaraan ini mampu menjadi panduan atau rujukan bagi mereka yang memerlukan teks untuk pengendalian majlis. Sila klik sini untuk melihat contoh -contoh teks tersebut . Terima kasih.

 

 

 

 

 

 


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)