Hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Dun Sungai Panjang menziarahi dan memberikan sumbangan pek makanan dan lampin dewasa untuk dua pesakit warga emas yang terlantar. Kedua-dua pesakit wanita ini telah dipotong kakinya akibat penyakit kencing manis yang dideritai oleh mereka. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka dan mengurniakan kesabaran dan ketabahan bagi keluarga ini untuk menguruskan mereka. Amin.