MISI BANJIR 3.0 : KAMPUNG ASAHAN, BESTARI JAYA

0
 

 
Pada hari ini, Team Misi Banjir Sungai Besar telah mengadakan program gotong royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor dan juga Surau An- Nur , Kampung Asahan, Bestari Jaya , Selangor . 
 
Perjalanan kami daripada Sungai Besar bermula daripada pukul 8.30 pagi dan tiba ke SMK Kuala Selangor pada pukul 9.00 pagi . Ketibaan kami disambut dengan mesra oleh koordinator setempat sebelum kami diberikan taklimat oleh beliau apa yang perlu diperbuat sepanjang berada di sana. Kami membersihkan kawasan sekolah termasuklah bahagian bangunan sekolah yang pernah dinaiki air banjir minggu lepas.
 
Selepas kami bergotong-royong di SMK Kuala Selangor , kami terus ke Surau An-Nur yang terletak di Kampung Asahan untuk membersihkan kawasan surau yang ditenggelami air. Kami juga menyampaikan sumbangan keperluan harian seperti berus gigi, ubat gigi, kain tuala, kain telekung, barangan Tupperware, kain pelekat, pakaian dan lampin kanak-kanak kepada wakil surau untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kampung tersebut.
 
Team Misi Banjir kali ini disertai oleh seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar , skuad Amal Relief - ARIF Sungai Besar dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) DUN Sungai Panjang. 
 
Kuala Selangor mengalami hujan lebat semasa gotong royong ini diadakan. Kami berdoa supaya hujan yang turun ini tidak memberikan mudarat kepada kami semua termasuklah kepada para penduduk sekitar.
 
اللَّÙ‡ُÙ…ّ Ø­َÙˆَالَÙŠْÙ†َا ÙˆَÙ„َا عَÙ„َÙŠْÙ†َا,اللَّÙ‡ُÙ…َّ عَÙ„َÙ‰ الْآكَامِ Ùˆَالْجِبَالِ Ùˆَالظِّرَابِ ÙˆَبُØ·ُونِ الْØ£َÙˆْدِÙŠَØ©ِ ÙˆَÙ…َÙ†َابِتِ الشَّجَرِ
 
Maksudnya, “Ya Allah, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.
 
Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar membuat inisiatif untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan sumbangan barangan kepada mereka yang terlibat dengan banjir. Sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan ini akan digunakan untuk menggerakkan program berkaitan banjir dan membeli keperluan mangsa banjir.
_______________________________________________
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 
Sila catatkan "BANJIR" pada bahagian catatan pembayaran .
 

 




























Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)