MASJID SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT 10 BARAT

0

Hari ini singgah solat sunat di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10 Barat , Sabak Bernam Selangor dalam perjalanan ke Bagan Terap. Telah lama aku menyimpan hasrat untuk singgah ke masjid ini kerana aku suka melihat senibina yang ada pada masjid ini. Hari ini alhamdulillah berjaya juga untuk aku singgah ke sini sekadar melepaskan penat seharian. 
 
Masjid Sultan Muhammad Shah ini dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah , Sultan Selangor ke 8 pada 7 Oktober 1966 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1386 Hijrah . 
 
Nama masjid ini adalah bersempena dengan nama Sultan Muhammad Shah yang merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor pada tahun 1826 hingga 1857. Baginda telah dimakamkan di Bukit Melawati, Kuala Selangor. 
 
Plak perasmian yang mencatatkan maklumat perasmian masjid dibuat daripada logam masih lagi terletak gagah di pintu masuk beserta beberapa bahagian masjid yang masih mengekalkan keadaan lama. Alhamdulillah. Semoga kembara ke masjid dan surau lama ini bersambung-sambung.
 







 
 
 

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)