MASJID MARZUKIYAH , BATU 4 SAPINTAS, SABAK BERNAM

0
Hari ini singgah solat di Masjid Marzukiyah, Batu 4 Sapintas, Sabak Bernam Selangor. Sekitar sini seingat saya ada dua masjid yang menggunakan nama yang sama di kawasan ini iaitu satu di sini dan satu lagi di Lubuk Pusing. Sejarah berkenaan masjid ini tidak dapat saya ketahui dengan lanjut kerana maklumatnya tidak dipamerkan di dinding masjid mahupun dalam internet. Tetapi insyaallah saya akan usahakan untuk mencari maklumat tentang masjid ini lagi.
 
Cuma di dalam masjid terdapat catatan di bawah tulisan khat Quran yang ditulis MUSTAFA 10 OKTOBER 1960. Ini bermakna sejarah pembinaan masjid ini adalah lebih awal daripada tarikh ini. Boleh rujuk gambar yang saya ambil di dalam blogspot masjid ini melalui pautan berikut :
Nama masjid ini dikatakan merujuk kepada seorang tokoh ulama pada masa silam yang berjasa kepada penduduk setempat iaitu Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki . Sepengetahuan saya, di sekitar ini terdapat sebuah lagi masjid yang mempunyai nama yang sama iaitu di Lubuk Pusing.Syeikh Ahmad atau dikenali sebagai Tuan Haji Chik oleh masyarakat tempatan telah mengasaskan Kampung Lubuk Pusing pada tahun 1914.
 
Sheikh Ahmad Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika itu. Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat. Saya juga cuba mencari sumber lisan mahupun bertulis berkenaan Syeikh Ahmad Marzuk ini. Insyaallah akan dikupas kemudian.
 
Kubah yang bersegi mempunyai keunikannya tersendiri

Salah sebuah menara masjid yang ada

Tiang seri masjid yang berada di ruangan solat lelaki

Pandangan dari sisi masjid


Kerantung atau ketuk-ketuk yang berada di pekarangan masjid



Keunikan menara masjid yang memukau





Papan tanda masjid yang berada di pintu masuk masjid



 
Pemandangan masjid dari arah depan

 
Bahagian solat lelaki

 
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)