Pada hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) DUN Sungai Panjang menghantar sumbangan kerusi roda dan pek makanan kepada seorang warga emas yang berusia 92 tahun. Nenek ini tinggal bersama-sama anak, menantu dan cucunya di sebuah rumah di Tebuk Rasidin. Nenek ini telah menghidap strok lebih daripada 15 tahun dan terpaksa mengengsot untuk ke mana-mana terutama ke tandas. Sumbangan kerusi roda ini amat bermakna kepada nenek ini kerana ia memudahkan pergerakannya.
Apa yang mengkagumkan kami ialah nenek ini masih sihat , mampu mengingati dengan baik dan mampu bercakap dengan lancar tanpa sebarang masalah sepertimana kebanyakan daripada warga emas dengan usia tersebut. Apabila ditanya kepada anak bongsu nenek ini yang berusia 56 tahun apakah rahsia nenek ini?
Jawapannya ada pada tasbih yang berada di atas tilam nenek ini. Subhanallah.
Semoga nenek dan keluarga ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kemudahan dalam hidup dan dipermudahkan segala urusan . Amin.
--------------------------------------------------------------------------
Kami menerima apa sahaja sumbangan daripada para penderma yang budiman seperti:
1) katil hospital baru/terpakai
2) kerusi roda baru/terpakai
3) lampin kanak-kanak dan dewasa
4) makanan asas
5) susu dewasa dan kanak-kanak
6) tongkat baru/terpakai
7) Pakaian yang elok
8) dan apa jua sumbangan yang mampu digunakan untuk orang lain.
Sila hubungi Cikgu Zhafri ditalian 013-3059357 untuk keterangan lanjut. Jika ada yang ingin menyumbang wang pun amat dialu-alukan melalui akaun di bawah.
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad