PPAS SUNGAI BESAR : PORT SANTAI PARA PENCINTA ILMU

0















Petang tadi aku mengunjungi PPAS Sungai Besar di Pekan Sungai Besar . PPAS ini mula dibuka kepada orang awam pada bulan November 2021 setelah ditutup selama 4 tahun disebabkan proses pengubahsuaian bahagian dalaman. 
 
Luaran bangunan tak nampak sangat perbezaan berbanding sebelum pengubahsuaian dulu. Tapi untuk bahagian dalaman, nampak berlaku perubahan besar-besaran yang agak menarik. Ada zon kreatif untuk aktiviti kanak-kanak dan ada ruangan khas bacaan untuk kanak-kanak.
 
Susunan kerusi meja dan dan rak buku pun agak menarik. Jomlah orang Sabak Bernam singgah sini dan memanfaatkan kemudahan yang ada di sini. Buku-buku yang ada pun aku nampak banyak terbitan yang terbaru .
 
Cuma tingkat dua bangunan masih ditutup daripada kunjungan orang ramai. Buku-buku masih belum bersedia untuk dipinjam . Hanya sekadar untuk dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
 
Aku berharap perpustakaan ini dapat menjadi pusat pengembangan ilmu yang sesuai mengikut tujuan ia ditubuhkan. Lokasi di tengah-tengah pekan, berhampiran pula dengan sekolah-sekolah sepatutnya menjadi tarikan anak-anak muda untuk berkunjung ke dalamnya. 
 
 Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).

Diantara keutamaan bagi konsep penjenamaan semula perpustakaan adalah dengan menaiktaraf keseluruhan bangunan perpustakaan seperti pembaikan bumbung, lantai, tandas dan mengecat semula bangunan.

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)