GERILA KEBAJIKAN MEMOHON SUMBANGAN ANDA

0

Alhamdulillah. Hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menerima sumbangan kerusi roda dan juga lampin dewasa daripada seorang penderma yang budiman di Kampung Melayu Ampang. Semoga Allah merahmati dan melipatgandakan pahala kepada penderma ini dan keluarga atas sumbangan yang diberikan .
 
Kami menerima apa sahaja sumbangan daripada para penderma yang budiman seperti:
1) katil hospital baru/terpakai
2) kerusi roda baru/terpakai
3) lampin kanak-kanak dan dewasa
4) makanan asas
5) susu dewasa dan kanak-kanak
6) tongkat baru/terpakai
7) Pakaian yang elok
8) dan apa jua sumbangan yang mampu digunakan untuk orang lain.
 
Sila hubungi Cikgu Zhafri ditalian 013-3059357 untuk keterangan lanjut. Jika ada yang ingin menyumbang wang pun amat dialu-alukan melalui akaun di bawah.
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)