SUMBANGAN PINTU RUMAH UNTUK IBU TUNGGAL

0

Puan Ana yang kami hantar katil hospital ke rumahnya merupakan seorang ibu tunggal. Dia Beliau sekarang tinggal berdua dengan ibunya. Beliau mempunyai 2 orang anak. Kedua-dua anaknya khabarnya berada di IPT sekarang ini. Puan Ana bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah bank dengan pendapatan RM 600 sebulan. Sebak bila dia menceritakan bahawa dia terpaksa meninggalkan ibunya yang rabun dan tak larat untuk berjalan seorang diri di rumah semasa dia bekerja. 
 
Dia ada dua rumah bersebelahan. Rumah yang dia tinggal sekarang (yang diletakkan katil hospital /dinding warna putih) merupakan rumah zakat, manakala rumah ini (dinding merah) merupakan rumah asal mereka. Aku bertanya kepada Puan Ana kenapa tak duduk di rumah sebelah ni memandangkan rumah ni ada mesin jahit , kerusi meja dan lebih luas sedikit berbanding rumah bantuan tersebut.
 
Menurut Puan Ana, rumah ini tiada pintu dan hanya bergril. Rumah ini hanya dihadang dengan kayu kecil di bawahnya dan kain langsir. Aku tanya kenapa tak pasang pintu? Dia kata dia pernah tanya tukang , kos buat pintu mencecah RM700. Pintunya perlu custom made. Tapi aku rasa mungkin dapat murah lagi. Aku plan nak buat kutipan sedikit sebanyak untuk bantuan Puan Ana . Wang ini akan disalurkan terus kepada tukang buat pintu ni. Aku akan update progres dari semasa ke semasa dalam FB. 
 
Sesiapa yang nak menyumbang, direct sumbang melalui akaun di bawah. Sila whatsapp 013-3059357 untuk pemakluman sumbangan.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)