SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL PARIT 6 GAMBUT

0
Beberapa hari lepas Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) DUN Sungai Panjang telah menizarahi dan menyerahkan katil hospital kepada seorang warga emas wanita di Sungai Panjang. Kehadiran team kami ini disambut mesra oleh anaknya yang menjaganya, Puan Ana.
 
Puan Ana merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah bank di pekan Sungai Besar. Umurnya menghampiri separuh abad. Dia mempunyai dua orang anak yang kedua-duanya masih belajar di IPT. Semasa Puan Ana bekerja, dia terpaksa meninggalkan ibunya itu sendirian di rumah. Ibunya kerap menelefon Puan Ana di tempat kerja sekiranya ibunya kesunyian di rumah. 
 
Ibunya kini tidak mampu melihat dengan baik dan berjalan pun tak larat . Ibunya hanya mampu berjalan perlahan-lahan ke bilik air sekiranya berhajat untuk membuat air. Pemberian katil hospital ini sangat bermakna kepada Puan Ana dan ibunya memandangkan ibunya itu hanya berbaring di atas sofa yang dilapik kain sahaja. Kisah Puan Ana ini sangat meruntun perasaan kami ini pada ketika itu .
 
Semasa selesai memasang katil hospital , aku bertanya kepada Puan Ana, rumah siapakah di sebelah ini? Menurut Puan Ana, rumah itu merupakan rumah asalnya. Rumah sekarang ialah rumah zakat yang sedikit sempit berbanding rumah sebelah yang agak luas dan selesa. Aku tanya dia , kenapa puan ana tak tinggal sahaja di rumah sebelah memandangkan rumah sebelah itu lebih luas dan lebih dia memudahkan dia membuat kerja separuh masanya sebagai tukang jahit memandangkan rumah sebelah tu ada mesin jahit yang berat yang sesuai untuk menjahit langsir dan kain tebal. 
 
 
Jawab Puan Ana, rumah sebelah itu tidak ada pintu hadapan. Semenjak ibunya sakit, Puan Ana tidak lagi dapat mengambil tempahan menjahit kerana selepas kerja, Puan Ana hanya memfokuskan penjagaan ibunya di rumah zakat itu. Perkiraanku, jika rumah sebelah itu ada pintu dan ibunya turut tinggal di rumah itu, ia dapat memudahkan Puan Ana melakukan kerja jahitan sambil memerhati keadaan ibunya itu. 
 
Menurut Puan Ana , dia pernah ke kedai pintu dan meminta pekerja kedai pintu mengukur dan mengira kos pintu itu.Puan Ana nyatakan bahawa kos pintu itu melebihi RM 500 . Kos itu tak mampu ditanggungnya memandangkan gaji bulanannya sekitar RM 600 sebulan dan kedua anaknya masih belajar . Dari situ aku katakan kepada Puan Ana bahawa aku akan berusaha mencari wang untuk membayar kos pintunya itu.
 
Beberapa hari kemudian , aku mengajak Puan Ana ke kedai pintu yang biasa membuat pintu rumah secara custom made memandangkan saiz bukaan pintu hadapan rumahnya itu berbeza berbanding pintu biasa. Rupa-rupanya Puan Ana ini pernah datang ke kedai ini dan meminta tauke kedai mengukur saiz pintu ini 6 tahun lepas 😥. Maksudnya projek pemasangan pintu ini tergendala selama 6 tahun kerana ketidakmampuan Puan Ana. 
 
Petangnya , tauke kedai pintu tu datang ke rumah Puan Ana itu untuk mengukur saiz pintunya itu. Tauke itu kemudiannya meminta bayaran sebanyak RM 650 termasuk upah pemasangan kepada Puan Ana, melebihi gaji yang diterimanya selama sebulan 😢😢. Puan Ana mulanya rasa berat untuk menerima bantuanku untuk membayar kos pintu ini memandangkan ia terlalu mahal. Akhirnya aku telefon Puan Ana dan menyatakan janji aku sebelum ini untuk membantunya mendapatkan pintu.
 
Alhamdulillah, setelah mendapat saiz dan jumlah kos bagi pembuatan dan pemasangan pintu tersebut, aku whatsapp seorang hamba Allah yang sebelum ini pernah nyatakan kesediaan beliau untuk menampung kos ini. Alhamdulillah . Puan Ana kini dalam usaha mendapat pintu baru ! Mungkin hari ini atau esok pintu itu dijangka dipasang. 
 
Nanti aku kemaskini kisah Puan Ana ini setelah pintu dipasang. Terima kasih kepada hamba Allah yang menampung kos ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa beliau . Aku hanyalah sang penyampai hasrat insan memerlukan.
Aku rasa sebak dan terharu .
 
Boleh rujuk pautan di bawah untuk mengetahui kisah Puan Ana.
 

 







Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)