SUMBANGAN KATIL HOSPITAL DI KAMPUNG BELIA 1 PARIT 16 SUNGAI PANJANG

0



 

Pada petang ini, Gerila Kebajikan menghantar katil hospital untuk kegunaan seorang warga emas tua yang terlantar sakit di Sungai Panjang. Wanita warga emas ini telahpun uzur dan tidak mampu bergerak dari pinggang ke bawah. Kehadiran kami ini disambut dengan mesra daripada kaum keluarga yang terdiri daripada anak , anak saudara dan juga cucu-cucunya.

Projek katil ini telah memberikan banyak manfaat kepada mereka yang memerlukan di daerah Sabak Bernam. Setakat ini kami mempunyai 17 buah katil hospital yang disumbangkan oleh orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat .
 
Rombongan pada hari ini terdiri daripada Gerila Kebajikan, Koordinator Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) DUN Sungai Panjang, Puan Syuhada Yaakob dan Pengerusi MPKK Parit 5 /6 Gambut, Puan Maslina Ina Zaki .
________________________________________________
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 
Sila catatkan "Kasih ayah bonda" pada bahagian catatan pembayaran .
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)