MEMBANTU PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK YANG TERTANGGUH

0


Alhamdulillah. Pada hari ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menunaikan amanah penderma untuk melangsaikan pembayaran bil elektrik yang tertunggak sebuah keluarga semasa musim pandemik lalu. Keluarga ini telahpun mendapat notis merah pemotongan kerana tidak membayar bil elektrik akibat ketua keluarga kehilangan kerja. 
 
Sejumlah RM2184.57 dibayar terus ke akaun TNB keluarga ini. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran kepada penderma yang sudi menderma bagi mengeluarkan keluarga ini daripada kesulitan .
 
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: 
 
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)