Hari ini merupakan Ulang tahun ketiga Projek Katil Wakaf Peduli Sungai Besar bermula. Daripada sebuah katil , hingga ke lebih kurang 30 buah katil sedang digunakan di seluruh Sabak Bernam sehingga kini. Alhamdulillah. Hingga hari ini kami terus komited menggerakkan projek ini dengan bantuan daripada rakan-rakan NGO lain seperti Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PERKOPP) dan Kelab Kami Kasih Darul Ehsan (KEKASIH) dan juga individu.
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada kami selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan sumbangan kalian dari sudut doa, sumbangan wang infaq dan sebagainya. Mohon doakan kami terus istiqamah menyantuni mereka yang memerlukan di sini. Amin.