PENGHANTARAN KATIL KE TAMAN AIR MANIS, SABAK BERNAM

0
 

Pada 3 Mei 2023 yang lalu, saya bersama-sama sahabat Peduli Sungai Besar menghantar katil hospital wakaf ke Taman Air Manis , Sabak Bernam. Penerima katil kali ini merupakan seorang warga emas lelaki yang berusia 63 tahun yang telah menjalani pembedahan dan tidak mampu untuk berdiri. Kami disambut oleh anaknya yang bertindak sebagai penjaga utama sekiranya ayahnya pulang dari hospital kelak. Kami mendoakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada pesakit ini dan diberikan kemudahan kepada keluarga untuk menguruskan pesakit ini. 
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)