SEJARAH MASJID AL-ABRAR , BATU 2 SAPINTAS

0

 

Semasa dalam perjalanan pulang dari Hospital Teluk Intan ke Sungai Besar, saya tiba-tiba tergerak hati untuk mengunjungi sebuah lagi masjid yang terletak lebih kurang 2 km dari Pekan Sabak Bernam iaitu Masjid Al-Abrar, Batu 2 Sapintas. Masjid ini dikatakan antara masjid yang tertua di daerah Sabak Bernam ini.
 
Masjid ini terletak di atas tanah wakaf seluas 4 ekar. Menurut sejarahnya pembinaan masjid ini bermula pada tahun 30-an hasil usaha gotong royong dan wakaf penduduk Kg.Batu 2 Sapintas. Pembinaan masjid ini diketuai oleh Almarhum Haji Johari Bin Tibut selaku Ketua Kampung dan Imam Masjid pada ketika itu. Pada Tahun 2000, Masjid ini dibaik pulih tanpa mengubah struktur asas sebagai lambang syiar Islam.
 
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai 3 kubah dan 2 menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.
 
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,van jenazah,bilik mesyuarat dan pejabat,dewan pengajian muslimat dan gelanggang futsal.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)