Petang tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke Sabak Bernam, saya sekeluarga sempat singgah di Kuala Selangor untuk solat Jamak dan Qasar setelah semalaman bermusafir ke Shah Alam . Kebiasaannya kami akan solat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang terletak di tengah-tengah Pekan Baru Kuala Selangor. Tetapi pada hari ini, rasa macam nak singgah ke sebuah masjid yang telah ditutup pada tahun 2020 yang lalu untuk renovasi yang letaknya di kaki Bukit Melawati , Pekan Lama Kuala Selangor.
![]() |
Gambar di hadapan pintu masuk Masjid Raja Lumu |
Masjid ini yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Pekan (Lama) Kuala Selangor ini telah melalui proses dinaik taraf dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.4 juta dan dinamakan sebagai Masjid Raja Lumu. Masjid Raja Lumu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Masjid Diraja yang kesembilan di negeri ini .
![]() |
Menara yang ada di Masjid Raja Lumu |