SEJARAH MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI BESAR

0

 

MAHKAMAH SUNGAI BESAR

Sungai Besar adalah pusat bandar dan pecan terbesar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majls Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1970.

Daerah Sabak Bernam meliputi 5 mukim iaitu Mukim Sbak, Bagan Nahkoda Omar/Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Pancang Bedena dan Pasir Panjang dan di bahagian utara, kawasan yang bersempadan dengan Kampung Kota (Perak) hingga ke kawasan Sungai Nibung sahaja. Pada masa kini, kawasan yang diliputi ialah sehingga ke Sungai Burong, Sekinchan. Keluasan kawasan Daerah Sabak Bernam ialah 99,714 hektar.

Mahkamah Majistret Sungai Besar dahulunya dikenali dengan nama Mahkamah Majistret Sabak Bernam kerana lokasinya yang terletak bersebelahan Sungai Bernam. Kejadian banjir kilat yang kerap berlaku apabila hujan lebat memusnahkan fail Mahkamah dan peralatan kayu. Mahkamah majistret Sungai Besar berpindah ke tapak dan lokasi baru yang berada dalam kawasan Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam, bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam. Mahkamah ini terletak berdekatan dengan laluan utama kenderaan yang menuju ke Bandar Klang (ke arah tenggara Mahkamah) dan Bandar Teluk Intan (arah barat laut Mahkamah).

 

Pada 14 Jun 1978, bangunan lama Mahkamah mengalami kebakaran disebabkan litar pintas. Fail Mahkamah termasuklah fail kes dan pentadbiran sebelum bencana kebakaran musnah dijilat api. Bangunan baru Mahkamah yang dibina bersebelahan Sungai Bernam telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj pada 14 Januari 1978.

Pembinaan bangunan Mahkamah Majistret Sungai Besar di tapak kawasan Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam melibatkan sebuah Mahkamah Majistret, Bahagian Pendaftaran, utiliti kegunaan awam dan kakitangan Mahkamah dan beberapa buah bilik lain termasuklah bilik polis Mahkamah, 2 lokap berasingan untuk tahanan lelaki dan perempuan, pondok pengawal dan bilik sengaraan bangunan. Mahkamah Majistret Sungai Besar mula beroperasi pada tahun 1990 hingga kini.

 

Sumber :  https://selangor.kehakiman.gov.my/mengenai-kami/sejarah-mahkamah-selangor?page=7

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)