MENGAPA DINAMAKAN KAMPUNG DATO' HORMAT?

0

 

 Kampung Dato' Hormat  terletak di Sungai Air Tawar , daerah Sabak Bernam, Selangor  Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai pesawit, pemetik kelapa, nelayan dan juga hasil sara diri yang lain. Kampung ini terletak di sempadan antara Selangor dengan Perak melalui Sungai Air Tawar dan Hutan Melintang. Kampung ini masih berada dalam suasana penuh kehijauan dan indah dengan suasana kampung. Semasa berkunjung ke Jeti Kilang Sabut (Jeti Sungai Air Tawar- Hutan Melintang) , kita akan melalui kampung ini.

Mengapa kampung ini dinamakan sebagai Kampung Dato' Hormat? Siapakah itu Dato' Hormat? Dato' Hormat itu merujuk kepada 'Almarhum Dato' Haji Hormat Rafei' (1923 - 1982).  Datuk Hormat bin Rafei adalah mantan Menteri Besar Selangor.  Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1923. Sebelum aktif dalam politik sejak September 1963, beliau merupakan seorang kontraktor yang berjaya . Beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Telok Datok pada 7 September 1963 dan dilantik sebagai ahli politik selama empat (4) penggal dan menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1974.

Beliau pernah mencurahkan khidmat baki di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga merupakan ketua UMNO Bahagian Kuala Langat. Beliau dilantik sebagai Menteri besar Selangor mulai 15 April 1976 hingga 3 Mei 1982. Pada 31 Mei 2001, beliau meninggal dunia  di Subang Jaya Medical Center  pada usia 78 tahun akibat demam . Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Chee Ding di Banting . Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan mereka yang terpilih. Al- Fatihah.

#CikguZhaf #SabakBernamBersejarah


 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)