Setiap kali saya jalan persekutuan FR 5 (Klang-Sabak) , mata saya akan sentiasa tertarik untuk melihat surau ini walaupun hanya sekali imbas. Ada sesuatu yang sebenarnya agak menarik minat saya berkenaan surau ini. Surau ini letaknya di Peket 100 Sungai Besar.
Surau ini dinamakan sebagai Surau As-Syakirin Peket 100 ini terletak betul-betul di tepi jalan sebelum sampai ke Sungai Besar. Selepas sepagian menghabiskan masa di sekolah , saya mengambil keputusan untuk menziarahi dan solat dhuha di sini.
Kenapa saya berhenti dan mengambil gambar surau lama ini? Ia adalah kerana saya tertarik dengan reka bentuk surau ini. Saya tak tahu sejarah di sebalik surau ini. Mungkin ada anak kariah yang boleh berkongsi maklumat tentang surau ini. Bolehlah PM saya atau komen di bawah jika ada maklumat yang ingin dikongsi.