Simpan 'duit pisang' sebagai ingatan hidup susah zaman Jepun

0

 

Kredit : Sinar Harian

SABAK BERNAM - Seorang bekas imam tidak berhasrat menjual wang kertas dolar Jepun atau lebih dikenali sebagai 'duit pisang' semasa penjajahan Jepun walaupun ditawarkan jutaan ringgit.

Mokhtar Awang, 87, berkata, sebanyak 13 keping mata kertas Jepun itu masih disimpan kemas di dalam sampul surat lama sebagai terapi untuk dia mengimbau kenangan semasa zaman peperangan.

"Kalau hendak jual duit pisang, memang sudah lama saya jual duit ini, sebab orang kata jual duit lama amat bernilai tinggi.

"Saya tak terfikir untuk menjual duit ini, bagi saya ia amat bernilai dan dapat mengingatkan betapa susahnya kita ingin bebaskan tanah air semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Perenggan di sini pada Selasa.

Mokhtar memberitahu, dolar Jepun pada waktu itu digunakan secara meluas dan berlaku inflasi sewaktu pemerintahan penjajah.

"Saya masih ingat lagi hendak membeli selipar jepun waktu itu harganya 200 dolar Jepun, masa sekarang kalau kita bayangkan RM200 pun sudah terlalu mahal, apatah lagi zaman 1940-an," katanya.

Menurut Mokhtar, wang kertas pelbagai saiz itu masih disimpannya untuk ditunjukkan kepada generasi pada masa akan datang.

"Setidak-tidaknya apabila cucu dan cicit saya bertanya tentang sejarah, bolehlah saya keluarkan wang kertas ini untuk menunjukkan kepada mereka betapa saya pernah melalui zaman penjajah.

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)