SEJARAH SEKOLAH
PENDAHULUAN
Maahad
Salahuddin dengan asramanya ini telah dibangun5kan dengan menelan
belanja sebanyak RM 82,175.00, bantuan dari Lembaga Kebajikan Masyarakat
Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan bangunan pada masa itu mengandungi
lapan bilik darjah yang boleh memuatkan seramai 80 orang penuntut.
Maahad ini telah didirikan di atas tanah seluas 1 1/2 ekar yang dibeli
dari wang pendapatan khairat orang kampung dan ahli dermawan. Jumlah
penuntut pada ketika itu adalah seramai 167 orang iaitu 130 orang dalam
sekolah rendah dan 37 orang dalm sekolah menengah. Sementara guru- guru
pula seramai 6 orang iaitu 4 orang guru kerajaan dan 2 orang guru
sementara. Pada 1 Januari 1962 beramaan 11 Syaaban 1381, Almarhum Duli
Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan
Husyamuddin Alam Syah Al- Haj dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul
Ehsan dan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan telah mencemar
duli berangakat ke Kampung Batu 38 Sabak Bernam untuk merasmikan
pembukaan Maahad Salahuddin.
ASAL-USUL
Pada
peringkat awal sekolah ini telah dibina pada tahun 1947 bertempat di
serambi masjid.Gurunya terdiri daripada guru sukarela.Pada 8 April 1948,
pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah menempatkan seorang guru
agama kerajaan. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan maka
bangsal tersebut telah diperbesarkan dengan sumber kewangan yang
dikeluarkan oleh penduduk kampung. Pada tahun 1955, pelajaran agama
menggunakan Bahasa Arab dijadikan asas kepada pelajaran menengah yang
ada sekarang. Seterusnya pada bulan Mac 1959, Sultan Selangor telah
mengiktiraf sekolah ini sebagai sekolah menengah dan memperkenankan nama
sekolah ini menggunakan nama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Oleh
itu bermula tahun 1959 hingga tahun 1975, sekolah ini menggunakan nama
Maahad Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada tahun 1976, sekolah ini
ditukarkan namanya menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.
PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sejak
tahun 1955, matapelajaran Agama Islam di ajar disekolah ini dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Arab. Ketika itu sekolah dibuka pada
waktu pagi dan penuntut diberi sebanyak 16 matapelajaran. Sehingga tahun
1962 penuntut- penuntut terpaksa menghabiskan pelajaran mereka selama 6
tahun iaitu bermula kelas ibtidaie selama 4 tahun dan kelas sanawi 2
tahun. Kemudian ditambah 2 tahun lagi diperingkat sanawi pada tahun 1964
dan menjadikan tempoh pengajian berlanjutan selama 8 tahun.
Mulai
1973 sukatan palajaran Bahasa Arab dan Agama Islam adalah berdasarkan
kurikulum pendidikan di negeri Kelantan dan pada tahun itu juga
bermulalah Sijil Rendah Agama (SRA)bagi tingkatan 4. Manakala Sijil
Pendidikan Pelajaran Agama (SPA) bagi tingkatan 6 bawah telah diadakan
pada tahun 1976. Pelajaran Akademik pula diadakan secara persendirian
pada waktu petang bermula pada 1970 hingga 1972 untuk pepriksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1972 barulah pihak kerajaan
menyediakan pelajaran akademik secara langsung.
Manakala
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum 1977, diadakan
secara persendirian. Sehingga pada tahun 1978 barulah peperiksaan ini
mual diadakan secara langsung disekolah ini. Memandangkan kemajuan
pelajaran yang telah dicapai oleh pelajar disekolah ini, keadaan
tersebut telah mendesak pihak sekolah untuk mengadakan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM). Untuk memenuhi tujuan tersebut, pihak sekolah
telah mengadakan tingkatan 6 atas bermula pada tahun 1979. Namun
begitudisebabkan kekurangan kelengkapan, calon-calon ini terpaksa
menduduki peperiksaan yang berpusat di Sekolah Khir Johari. Di atas
inisiatif pihak sekolah ini, akhirnya pada 1981, pusat peperiksaan
berjaya diadakan di sekolah ini.
Berikut adalah sistem persekolahan yang dijalankan di sekolah ini :-
TINGKATAN
|
PEPERIKSAAN
|
1,2,3
|
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
|
1,2,3,4
|
Sijil Menengah Agama (SMA)
|
4,5
|
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
|
5,6 Bawah
|
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
|
6 Bawah,6 Atas
|
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
|
PERKEMBANGAN BANGUNAN
Sebelum
tahun 1978, sekolah ini hanya mempunyai dua buah bangunan iaitu sebuah
untuk bilik-bilik darjah dan sebuah lagi untuk asrama (dua tingkat). Di
samping itu terdapat sebuah kantin, bangsal basikal dan masjid. Oleh
kerana bilangan penuntut bertambah ramai setiap tahun, situasi ini
memerlukan bangunan tambahan. Sejak tahun 1973, pihak sekolah telah
berusaha mengumpul wang perbelanjaan untuk memenuhi tujuan tersebut.
Sehingga tahun 1977, kerajaan telah memperuntukkan lebih kuran RM 1 juta
untuk membiayai bangunan tambahan. Pada pertengahan tahun 1978,
kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan sekolah telah dimulakan dengan 2
bangunan untuk bilik darjah (dua tingkat), sebuah asrama (dua tingkat)
dan sebuah dewan makan. Pada 1998, sebuah Surau yang boleh memuatkan 800
pelajar pada satu masa dibina atas derma orang ramai dan bantuan dari
Pusat Zakat Selangor.
Memandangkan
bilangan pelajar emakin bertambah, Lembaga Pentadbiran Sekolah telah
mencadangkan agar Maahad ini membuat permohonan kerajaan untuk mendapat
sebuah bangunan baru. Selepas itu, dengan usaha Tuan Pengetua Ustaz Haji
Misnan Bin Amir dan sokongan Pengerusi Badan Pembangunan Sekolah, YB
Raja Idris Bin Raja Ahmad projek pembinaan bangunan baru diluluskan dan
dijalankan serta-merta. Bangunan yang berbentuk 'E' telah siap dibina
pada tahun 1999 dengan kedudukannya berhampiran dengan asrama. Bangunan
tiga tingkat yang bernilai RM 2.8 juta ini berupaya menampung kira-kira
600 orang pelajar. Ia mempunyai 15 buah kelas, 3 makmal, 2 bilik guru
dan sebuah pejabat. Pembinaan Kuarters Pengetua, 2 Unit Rumah Guru dan
Dewan dibina siap pada 2006.
Pada
awaltahun 2007 sekolah telah ditukar status ke Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) Negeri Selangor di bawah naungan Jabatan Pembangunan
Islam dan Moral (JAPIM). SABK bermakna semua peruntukkan, kakitangan
guru dan sokongan serta prasarana adalah di bawah tangunggan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Bangunan tambahan asrama telah dibina siap
pada 2007 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.