SEJARAH BALAI POLIS SUNGAI AIR TAWAR

0

 

Balai Polis Sungai Air Tawar,mendapat nama sempena dari air anak sungai yang tawar oleh peneroka asal,terletak kira-kira 0.8km dari sungai yang sedia ada sekarang arah ke muara Sungai Bernam.asalnya adalah sebuah Pondok Polis telah dibina pada tahun 1924 dengan bahan binaaan kayu.Manakala keangotaan ketika itu hanya seorang anggota sahaja.terletak di persisiran muara sungai yang menjadi pengkalan utama bagi penduduk mengeluarkan hasil pertanian.
 
Pada tahun 1926 telah didirikan sebuah bangunan batu,terletak di lot4978 Syit Piawai 3-c,berada di dalam peta Topo GR VD 226254 Yit no: 74 Siri L 7010 Skil !:63360 berkeluasan berpagar 156x350 kaki.Manakala keluasan 156x132 kaki tidak berpagar.Memandangkan kepentingan keselamatan maka ianya dinaik taraf Balai Polis Sungai Air Tawar dan dengan itu penambahan keanggotaan dilaksanakan yang mana telah diketuai oleh seorang ketua berbangsa Inggeris dibawah pentadbiran OCPD Teluk Mak Intan (Teluk Anson/Teluk Intan),Perak.
 
Walaupun terpahat berbagai kejadian yang menjadi sejarah bagi bangunan Balai Polis Sungai Air Tawar namun struktur bangunan masih kekal semenjak ia didirikan. Diantara peristiwa yang berlaku pada 1963 telah mengalami banjir sedalam 1.85 meter.Pada tahun 1945 telah menjadi bangunan Pejabat Pentadbiran Bintang tiga selama 13 hari sehinggalah peralihan semula oleh pihak Inggeris.
 
Pada tahun 1955 balai Polis Sungai air Tawar telah dipindahkan ke dalam Pentadbiran IPD Kuala Selangor dan pada tahun 1983 wujudnya Daerah Sabak Bernam dan secara langsungnya balai Polis Sungai Air Tawar kini dibawah Pentadbiran IPD Sabak Bernam dengan jarak sejauh 27km dari sini.Manakala sebuah pondok polis iaitu Pondok Polis Parit Baru diletakkan dalam pentadbiran Balai Polis Sungai Air Tawar dan pada tahun 2008 sebuah lagi pondok polis diwujudkan iaitu Pondok Polis Community Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar.
 
hasil karya oleh 171288
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)