Tertarik dengan ukiran dan senibina lama rumah yang telah uzur ini. Rumah seperti ini banyak di Sabak Bernam. Sayangnya sebahagiannya telah reput dan menanti tumbang ke bumi akibat tiada lagi yang menguruskannya. Bagus juga jika para waris, syarikat swasta mahupun kerajaan yang mengambil alih rumah-rumah lama ini dan jadikan ia sebagai tarikan di Sabak Bernam. Rumah-rumah seperti ini boleh dijadikan rumah inap desa, muzium keluarga, restoren istimewa yang menyajikan masakan kampung dan sebagainya.