ULAMAK PONDOK PUN JADI WAHABI?

0
 

 
Saya kenal Ustaz Mutalib ini dari jauh . Saya pernah bertemu dengannya semasa saya belajar di Pulau Pinang dahulu. Ini kisah belasan tahun dahulu .
Beliau merupakan YDP Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang. Yayasan An Nahdhoh ni macam pondoklah atau pusat tahfiz bagi anak-anak dan juga dewasa. Sepanjang pengetahuan saya, An Nahdhoh ini agak berbeza manhaj dengan kelompok yang digelar salafi wahabi itu . 
 
Tapi hanya kerana menegur perbuatan membina binaan atas kubur yang dilakukan oleh segelintir anggota masyarakat , beliau terus dilabel sebagai wahabi. Bagi saya perkara ini tak patut lah berlaku . Sedangkan yang melarang membina binaan atas kubur ini bukan sahaja wahabi , tetapi ia merupakan larangan tegas oleh nabi.
 
Ù†َÙ‡َÙ‰ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø£َÙ†ْ ÙŠُجَصَّصَ الْÙ‚َبْرُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.”
Riwayat Muslim (970)
 
Nabi bukan wahabi. 
 
Bahkan wahabi ini merupakan gerakan yang muncul ratusan tahun selepas kewafatan nabi. Pendiri pergerakan ini , Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 - 22 Jun 1792) bukannya maksum seperti nabi .
 
Tapi begitulah mentaliti masyarakat nusantara. Apabila berbeza daripada pandangan kebiasaan , terus dilabel sesat dan wahabi sedangkan perkara yang diperkatakan mungkin ada khilaf atau pandangan lain daripada kebiasaan. 
 
Nasib ini turut dialami oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang bertahun-tahun mensyarahkan kitab Bahrul Mazi turut dilabel sebagai wahabi oleh mereka yang tak sependapat dengannya. Kitab Bahrul Mazi ni bukan kitab daripada Arab Saudi . Tapi merupakan karangan ulamak kita Syeikh Mohd Idris al-Marbawi.

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)