DATUKKU ALMARHUM CIKGU MUHAMMAD BIN YUSOF KUALA KRAI

0

 







Ini merupakan gambar arwah datuk saya , almarhum Muhammad Bin Yusof yang pernah saya ceritakan beberapa tahun yang lalu. Beliau dikenali sebagai "Cikgu Mat" dalam kalangan sahabat dan kenalan. Beliau meninggal pada tahun 1985 akibat penyakit dalam perut. Beliau meninggal dalam usia kurang daripada 50 tahun meninggalkan seorang balu (nenek saya yang masih hidup dan menetap di Kulim Kedah) dan 9 orang anak yang masih kecil.
 
Semasa beliau masih hidup, beliau merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli politik yang mempunyai masa depan politik yang cukup cerah. Beliau merupakan Guru Besar pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Embak, Kuala Krai Kelantan dan pada masa yang sama merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Kelantan. 
 
Beliau merupakan sepupu kepada bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam bin Musa. Saya tak pernah bertemu dengan beliau kerana almarhum meninggal 3 tahun sebelum saya dilahirkan. Namun menurut cerita yang disampaikan oleh nenek dan keluarga terdekat , beliau merupakan seorang yang sangat rapat dengan masyarakat . 
 
Beliau dikatakan hampir diangkat sebagai calon pilihanraya sebelum kematian menjemputnya. Apabila melihat gambar-gambar ini, saya terfikir apakah saya mampu menjadi seperti arwah datuk saya ini? Beliau dikenali sebagai ahli politik yang baik dan disenangi kawan dan lawan. 
 
Walaupun saya sekarang mengambil pendirian untuk tawaquf dalam memegang apa-apa jawatan dalam parti politik semenjak akhir 2021, namun saya tetap merasakan bahawa darah politik ini tetap mengalir dalam diri saya. Dan buat masa ini saya lebih selesa menggerakkan NGO buat masa ini atas beberapa kemaslahatan .
 
Sesungguhnya saya merindui arwah datuk saya ini yang dipanggil sebagai abah tok. Semoga Allah menempatkan roh beliau di tempat yang suci dan terpuji di kalangan orang yang beriman dan beramal Soleh.Amin.
 
Pautan status lepas : 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)