RUMAH WARISAN SABAK BERNAM , KEINDAHAN WARISAN MELAYU

0

 


 

Pada pagi ini membawa Umar dan Marissa melawat beberapa tempat menarik dan bersejarah di Sabak Bernam. Tempat pertama yang kami ziarahi ialah di Rumah Warisan. Rumah warisan ini terletak di tepi Sungai Bernam, di Jalan Pasar, Pekan Sabak.

Rumah ini dibina dengan bercirikan rumah tradisional orang Melayu beserta pelbagai ukiran pada dinding dan tiangnya. Di dalam rumah warisan ini , terdapat pelbagai barangan yang disinonimkan dengan "tradisional" dan "klasik". Antaranya radio roti iaitu radio kotak klasik, mesin jahit lama, gerobok lauk lama, tudung saji anyaman daripada daun mengkuang, pinggan mangkuk lama dan periuk belanga . 
 
Di dalam rumah warisan ini juga dipasang video berkenaan Sabak Bernam dan sejarah di sebalik nama-nama kampung di Sabak Bernam. Secara keseluruhannya , keadaan rumah amat cantik. Begitu juga barangan yang dipamerkan juga klasik.Walaupun rumah ini merupakan rumah replika, namun ia sedikit sebanyak menggamit semula kenangan silam kita semua ketika kita membesar di kampung.
Rumah warisan ini sesuai untuk lawatan seisi keluarga . 
 
Sepanjang saya berada di sana, anak-anak saya banyak bertanyakan tentang barangan yang dipamerkan di sana. Nasib baiklah saya lahir dulu sempat dengan dapur arang kayu, tak lah ralat sangat nak jawab soalan anak-anak generasi telefon 24 jam di tangan. Masuk ke rumah warisan adalah percuma.Saya hanya mengambil gambar di bahagian luar rumah warisan kerana tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalaman rumah. 
 







 


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)