ZIARAH DAN SUMBANGAN KATIL HOSPITAL DI PASIR PANJANG

0
 
Petang ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menziarahi dan menghantar katil hospital untuk kegunaan seorang warga emas yang uzur di Pasir Panjang. Selain itu kami turut menyampaikan kerusi roda dan juga lampin dewasa untuk warga emas ini. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati para penderma dan pewakaf yang sudi menderma dan mewakafkan kelengkapan pesakit ini untuk kegunaan mereka yang memerlukan. 
 
Sesiapa yang berhasrat menderma atau mewakafkan kelengkapan atau peralatan pesakit baru atau terpakai, sila hubungi cikgu Zhafri di talian 013-3059357.
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)