KEMALANGAN YANG BARU BERLAKU DI DEPAN SELEKOH MASJID SUNGAI NIPAH, SUNGAI BESAR

0

 


Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 (JKBFR5) menerima maklumat daripada orang awam bahawa telah berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda Hilux dan sebuah lori di depan selekoh Masjid Sungai Nipah sekitar pukul 12.00 tengah malam ini (3 Mac 2019).
 
Kemalangan itu berlaku apabila kereta pacuan 4 roda cuba menyeberang jalan tanpa berhenti di simpang. Akhirnya lori yang datang dari arah Sungai Besar menuju ke Sekinchan melanggar pacuan 4 roda tersebut. Kereta pacuan 4 roda tersebut remuk. Kedua-dua pemandu lori treler dan pacuan 4 roda hanya mengalami kecederaan ringan.
 
Sumber memberitahu bahawa kawasan tersebut sangat gelap dan tidak mempunyai sebarang lampu yang menerangi jalan. Lampu isyarat juga tidak disediakan di simpang jalan bagi kemudahan pengguna yang ingin masuk ke jalan dalam. Jawatankuasa Bertindak telah beberapa kali mempersoalkan tindakan kontraktor yang agak culas dalam menyediakan jalan raya yang selamat untuk dilalui oleh pengguna. Namun kami tidak mendapat maklum balas yang positif dan memuaskan daripada pihak kontraktor.
 
————————————————————
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 menyeru kepada seluruh pengguna Jalan Persekutuan FR5 terutama penduduk di sepanjang jajaran bermula dari Tanjong Karang hingga Hutan Melintang untuk bersama-sama kami membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan ini dengan :
 
•melaporkan segala kemalangan yang berlaku di sepanjang jajaran ini .
•melaporkan sebarang ketidakselesaan dan kecuaian kontraktor dalam menguruskan aspek keselamatan pengguna FR5
•menjadi mata dan telinga kami dengan melaporkan segala jenis perkara berkaitan projek ini.
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 berharap supaya setiap pengguna jalan FR5 supaya lebih berhati-hati dan mematuhi segala arahan lalulintas yang ditetapkan.
 
Kami komited untuk perjuangkan nasib pengguna jalan raya Jalan Persekutuan FR5. Sila whatsapp sebarang kemalangan dan laporan kecuaian pihak kontraktor dalam menyediakan Jalan Raya yang selamat untuk pengguna di talian 019-727 4796.
 
JAWATANKUASA BERTINDAK JALAN PERSEKUTUAN FR5
 
 
GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN 
 






 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)