MENGUNJUNGI MUZIUM MINI WAK SURGI : MUZIUM PERSENDIRIAN SABAK BERNAM

0

 

 
Dr. Alinor Abdul Qadir bertanyakan Wak Surgi berkenaan sampan lama yang dipamerkan di halaman Muzium Wak Surgi, Taman Setia Jaya, Sungai Besar.

Pada ini saya membawa Dr Alinor Abdul Qadir menziarahi Mini Muzium Wak Surgi di Taman Setia Jaya, Sungai Besar Daerah Sabak Bernam. Kedudukan Muzium ini ialah berhampiran Stadium Sungai Besar dan terletak benar-benar di tengah Pekan Sungai Besar. Muzium ini dapat menjadi sebahagian daripada tempat yang wajib dilawati sekiranya tuan-tuan dan puan bercuti di Sabak Bernam 

Pintu gerbang yang menyambut rombongan kami ke Muzium Mini Wak Surgi

 
Mini Muzium Wak Surgi adalah milik hak persendirian Encik Surgi Bin Gharib yang merupakan seorang pesara kerajaan di Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Muzium ini dibina di kawasan rumah beliau di Taman Setia Jaya , Sungai Besar . Rumah ini tidak lagi didiami oleh Wak Surgi tetapi ia dibuka untuk pengunjung dan orang ramai . Tiada bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Namun pastikan anda menelefon wak Surgi terlebih dahulu sebelum datang ke sini untuk tempahan slot.
 
Wak Surgi menerangkan tentang duit syiling lama kepada Dr. Alinor dan tetamu yang hadir di Muzium Mini Wak Surgi

Wak surgi sangat berminat mengumpul barang - barang lama dan antik sejak kecil lagi Oleh kerana minat beliau terlalu mendalam terhadap barangan antik, beliau mengambil keputusan untuk mewujudkan mini muzium untuk berkongsi minat dan menjadikan ia sebagai tempat menarik untuk dikunjungi serta tempat untuk tatapan dan kaji selidik untuk pelajar sekolah , orang awam dan generasi akan datang . 
 
Wak Surgi menunjukkan gambar-gambar lama beliau semasa beliau masih berkhidmat

Antara barag-barang antik yang dipamerkan di dalam muzium ini ialah piring hitam, setem lama, duit syling lama, telefon lama, projektor lama, kamera lama, batu tenggiling lama, surat khabar dan majalah lama serta pelbagai barangan lagi yang sebahagian besarnya tidak lagi digunakan di era moden ini. Lawatan ini telah memperkenalkan saya dengan pelbagai jenis barangan yang usianya lebih tua daripada saya. 
 
Penulis bergambar di hadapan pintu gerbang Muzium Wak Surgi

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Wak Surgi yang sudi menerima kedatangan kami ini walaupun dalam keadaan last minute. Namun layanan yang kami terima cukup mesra daripada Wak Surgi sendiri. Gambar-gambar lain dalam muzium Wak Surgi saya lampirkan di bawah ini .
 
 

Alat pengukuran isipadu pada suatu masa dahulu


Koleksi piring hitam di Muzium Wak Surgi

Wak Surgi sedang mengambil sesuatu untuk ditunjukkan kepada para tetamu

Koleksi setem lama dari seluruh dunia


Polariod



Akhbar lama

Akhbar lama

Buku-buku lama

Antara barangan yang dipamerkan di sini

Katanya inilah alat untuk menajam gigi yang pernah digunakan oleh doktor gigi suatu ketika dahulu

Perakam suara klasik

Logo

Gambar-gambar lama dan peristiwa

Replika batu gramophone atau pemain piring hitam dibina di pekarangan Muzium Mini Wak Surgi

Pemain konsol lama

Barangan klasik yang masih disimpan kemas di sini

Sampan lama di pekarangan Muzium Wak Surgi

Koleksi piring hitam lama






Replika batu teko yang menyambut kedatangan tetamu ke Muzium Mini Wak Surgi

Pintu Utama masuk Muzium Mini Wak Surgi




Telefon bimbit yang wujud sekitar 90-an hingga awal 2000




Gambar yang dikatakan Mahsuri

Mesin rumput manual

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)