Pada malam ini membawa anak bongsu ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) , Sabak Bernam untuk mendapatkan neb sebab kahak telalu pekat dalam saluran pernafasan membuatkan Fiona tak dapat bernafas dengan baik. Sudah 3 hari Fiona demam, suara sengau dan tersekat sekat, tidur berbunyi, harini hingus sudah mula keluar . Semalam saya juga beli ubat semburan sterimar untuk bantu cairkan kahak. Doakan fiona cepat sembuh.
Hospital Tengku Ampuan Jemaah mulai beroperasi pada 17 Oktober 1994. Ia dibina di bawah konsep hospital nukleus dan mempunyai 93 katil bagi pesakit di wad. Kos pembinaan bagi hospital ini adalah RM 37.53 Juta. HTAJ dirasmikan pada 2 November 1998 oleh DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Perjuangan untuk mendapatkan hospital ini dikatakan bermula sejak tahun 1960’an lagi.
Di hospital ini terdapat 4 wad dan juga Unit Pesakit Luar, Kecemasan dan lain-lain unit sokongan.Antara unit sokongan iaitu Unit Sajian, Unit Farmasi dan Bekalan, Unit Rehabiliti, Unit Hemodialisis, Unit Perkhidmatan, Unit Patologi, Unit Radiologi, Unit Rekod Perubatan dan Unit Latihan. Hospital tanpa pakar bagaimanapun memberi khidmat pakar lawatan dari Hospital Teluk Intan dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Unit terbaru hospital ialah Unit Hemodialisis yang mula beroperasi pada tahun 2002 dan Unit Fisioterapi beroperasi sejak 2004.