BEDUK SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI ZAMAN DULU KALA

0

 


Beduk atau juga dikenali sebagai tabuh merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada zaman dahulu di serata rantau Nusantara, Asia Tenggara. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk urusan-urusan kecemasan seperti kematian dan sebagainya.
 
Dalam sesetengah keadaan ,ia juga digunakan sebagai alat muzik semasa upacara rasmi pada suatu masa dahulu. Alat ini sering dipukul mengikut rentak yang semakin menaik lajunya.Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada bingkai kayu batang pokok nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah bukaan dipasang kulit baik dari lembu atau kerbau.
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)