40 pekerja pembersihan tuntut tunggakan gaji empat bulan

0

 

Pautan :https://www.sinarharian.com.my/article/188429/EDISI/40-pekerja-pembersihan-tuntut-tunggakan-gaji-tiga-bulan?fbclid=IwAR0dnS5jF8OOwEfKXoGC0Aaql7EGTuFnMDrZL95PvATSu3dWbTyJH9fE6RA
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SABAK BERNAM - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 40 pekerja pembersihan di daerah Sabak Bernam berkumpul secara aman pada Jumaat di kawasan lapang berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam bagi menuntut tunggakan gaji selama hampir empat bulan.

Perhimpunan pada jam 8.30 pagi itu berlangsung kira-kira satu jam 30 minit dengan masing-masing memegang sepanduk bagi menuntut pihak kontraktor pembersihan melunaskan pembayaran gaji pada kadar segera.

Malah, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), S Koyilwani dan wakil pekerja, Osman Utot turut menghantar tuntutan itu ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam pada jam 9.50 pagi.

Koyilwani berkata, tuntutan itu dibuat bagi membela nasib pekerja di 19 sekolah rendah dan menengah di daerah ini yang masih belum menerima gaji bulanan sejak November tahun lalu.

"Kita mengenal pasti dua syarikat pembersihan yang gagal menjelaskan tunggakan pembayaran gaji pekerja dan ini memberi kesulitan kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Koyilwani berkata, difahamkan ada dalam kalangan pekerja pembersihan terpaksa meminjam rakan terdekat dan saudara mara.

"Sebahagian mereka (pekerja pembersihan) sudah ada tanggungan dan ada antara mereka perlu menjelaskan hutang piutang," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta untuk menyenarai hitam mana-mana kontraktor yang gagal melunaskan bayaran gaji pekerja.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/188429/EDISI/40-pekerja-pembersihan-tuntut-tunggakan-gaji-tiga-bulan?fbclid=IwAR0dnS5jF8OOwEfKXoGC0Aaql7EGTuFnMDrZL95PvATSu3dWbTyJH9fE6RA
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)